Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
```
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku :
Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggilTeloger Effluvium.
- Masalah hormon.
- Penyakit kelenjar tiroid.
- Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus.
- Kesan sampingan ubatan seperti :
- Ubat Antikogulasi (warfarin).
- Ubat merawat kanser (kimoterapi).
- Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral).
- Ubat anti-kemurungan.
- Ubat pelangsingan (slimming)
- Alopecia Androgenik .
- Botak mengikut corak lelaki adalah :
- Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan.
- Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan.
- Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala.
- Botak mengikut corak wanita :
- Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan.
- Rambut menjadi semakin nipis diseluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala.
Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah :
- Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak.
- Keguguran rambut berlaku tidak sekata.
- Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.
- Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak.
- Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis).
- Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis).
- Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka.
- Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki.
- Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan
No comments:
Post a Comment